Kembara Palestine YBK : Aktiviti Masjid Dikawal Polis

Published On May 27, 2017 | Semasa, Terkini

Sesiapa pun tidak sepatutnya melepaskan kesempatan solat di Masjid Al Aqsa di Kota Jerusalem. Ia seperti solat di Masjid Haram Mekah dan Nabawi Madinah kerana janji Allah itu benar. Untuk itu 3.45 am kami bergerak ke Masjid Al Aqsa untuk solat subuh.

Kami ada masa 30 minit sebelum dan selepas untuk tentera Israel membuka dan menutup kawasan masjid. Polis Israel sentiasa mengawal masuk jemaah. Kenapa? Sebab Israel tahu Gerakan Tamadun Islam bermula di masjid. Mereka cuba kawal aktiviti masjid.

Yang penting kalau kita ke sana pastikan passport bersama di mana kita berada. Nanti bila ditanya polis, tak ada bukti kita orang Malaysia.

Selepas sarapan pagi, rombongan bertolak ke Hebron. Sepanjang perjalanan hampir sejam, rombongan mendapat pencerahan tentang Palestine dari tourist guide. Memang kronik masalah rakyat Palestine ini. Mereka dipisahkan oleh isu Agama Islam, Kristian, Yahudi dan Kedaulatan Bangsa Yahudi, Israel dan Palastine.

Saya sering menulis, Melayu Islam di Tanah Melayu pun akan menerima nasib yang sama. Sebab lanskap politik Malaysia atas isu yang sama iaitu Agama dan bangsa. Rakyat Palestine sudah lama tidak ada kedaulatan. Dijajah di tanah air sendiri. Menurut tourist guide ia disebabkan peranan USA dan kepimpinan Palestine  yang sarat dengan rasuah dan krisis kepimpinan….semacam yang sedang dihadapi Malaysia.

Di Masjid Nabi Ibrahim, masuk keluar di dalam masjid sentiasa dikawal ketat oleh tentera Yahudi yang lengkap bersenjata. Tetapi Masjid Nabi Yunus, tidak. Tak tahu kenapa.

Begitu juga orang menjual cenderamata dan minta sumbangan di Palestine pun sama. Orang susah di mana-mana saja.

Selepas makan tengah hari, singgah di Masjid Salman Al-Farishi. Masjid dan makam pejuang agung Islam yang diabadikan di Kota Jerusalem. Selepas itu ke Makam Rabiatul Adawiyah, Ahli  Sufi yang ternama.

Akhir sekali sebelum ke bilik melihat pemandangan Masjid Al-Aqsa dari paras yang tinggi. Sekarang masuk rehat menunggu makan, maghrib, tidur, sebab macam nak demam pula….

Zulhairy Jalaluddin
CEO Yayasan Basmi Kemiskinan

 

mysuara.net

Like this Article? Share it!