MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2017 BAHASA BANGSA NEGARA

Published On September 29, 2017 | Terkini

MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2017 BAHASA BANGSA NEGARA

Oleh : Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka

Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) merupakan satu bulan yang diisytiharkan oleh kerajaan sebagai bulan khusus untuk masyarakat mengadakan pelbagai kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan.

BBK diadakan dengan tujuan untuk mempersegar semangat kecintaan masyarakat terhadap bahasa kebangsaan dan memperkukuh keyakinan mereka terhadap keupayaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, bahasa pengungkapan budaya tinggi, bahasa komunikasi dan bahasa perpaduan, selain mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa menerusi kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan, jua menyerlahkan fungsi serta peranan bahasa dan sastera kebangsaan sebagai salah satu tonggak pembinaan tamadun bangsa dan negara.

Kompenan utama yang menunjangi kegiatan BBK 2013 ialah Majlis Perasmian BBK  dan 80 kegiatan kebahasaan serta kesusasteraan yang di dalamnya sarat dengan kegiatan dan pengisian yang berkonsepkan kebahasaan, dan kesusasteraan.

Majlis Pelancaran BBK Peringkat Kebangsaan akan berlangsung pada 2 Oktober 2017 (Isnin), pukul 2.30 petang, di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka yang disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia.

Tema “Bahasa Jiwa Bangsa”, menuntut rakyat Malaysia memiliki kebanggaan terhadap bahasa kebangsaan yang menjadi roh kepada keperibadian atau jati diri bangsa yang membina tamadun negara bangsanya.

Like this Article? Share it!